Pembangunan web, pengaturcaraan web ?

Perlukan website, blog untuk anda atau syarikat anda.Hubungi saya dengan klik pada gambar

Intan Zalina

Add / subscribe me on facebook.

Shofa Reamyz

--------------------------------------


Ahad, 25 September 2011

Antara cinta dan nafsu


1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan
Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan.
Sebaliknya, orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa.
Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari kemaksiatan. Sebaliknya,  orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah seks. 

Khamis, 15 September 2011

In-Team & Mestica-Kerana Cinta



herm..best gak lagu ni terima kasih pada Cik Raihana..dia juga pensyarah sy di kolej teknologi bestari..




Isnin, 12 September 2011

Hentikan ganguan seksual terhadap lelaki




Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la.
Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.
Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.
Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. “Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?” Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.
Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

Sambungan



Ahad, 11 September 2011

PHP(fungsi $_post)


Fungsi $ _POST 

Terbina dalam $ fungsi _POST digunakan untuk mengumpul nilai-nilai dari bentuk yang dihantar dengan kaedah = "post".
Maklumat yang dihantar dari bentuk dengan kaedah POST tidak kelihatan kepada orang lain dan tidak mempunyai had ke atas jumlah maklumat untuk menghantar.

Nota: Walau bagaimanapun, terdapat 8 Mb saiz max untuk kaedah POST, secara lalai (boleh diubah dengan menetapkan post_max_size dalam fail php.ini).

Contoh

<form action="welcome.php" method="post">
Name: <input type="text" name="fname" />
Age: <input type="text" name="age" />
<input type="submit" />
</form>

Sabtu, 10 September 2011

KEMAHIRAN BELAJAR




A.  KEMAHIRAN MEMBACA



        Membaca ditakrifkan sebagai mentafsir dan memikir tentang sesuatu simbol atau tulisan. Ia meliputi aktiviti
memaham makna tulisan, penyerapan maklumat dan idea yang dihuraikan oleh seorang penulis. Dalam Islam membaca merupakan langkah utama dalam proses menuntut ilmu. Ini dibuktikan dalam wahyu yang diterima oleh Rasulullah S.A.w yang bermaksud;

 
"Bacalah dengan nama Tuhanmu ………..

(Al-Alaq: 1….)


ShareThis