Pembangunan web, pengaturcaraan web ?

Perlukan website, blog untuk anda atau syarikat anda.Hubungi saya dengan klik pada gambar

Intan Zalina

Add / subscribe me on facebook.

Shofa Reamyz

--------------------------------------


Jumaat, 2 Disember 2011

Dara,kebenaran yang selama ini terlindung




"Razak, apa masalah kau sebenarnya Razak? Lina tu aku tengok dah baik sangat dah Razak, apa yang kau cari sebenarnya?"

"Aku nak cakap serba salah la Zam, aku..aku...aku sayang Lina tu..."

" laaaa, dah kau sayang, yang kau pergi clash dengan dia kenapa? kesian aku tengok dia tau tak Zak, apa yang kurang kat dia? cuba bagitau aku, dah la lawa mcm lisa surihani, kerja pulak engineer, umur pun bukan la tua sangat, baru 25 tahun, pandai masak, pandai kemas rumah, pandai amik hati orang tua...apa lagi yang tak kena Razak???"

" Aku tak boleh nak cerita la Zam, nanti akan mengaibkan orang, takpe la, biarlah rahsia. Biar hanya aku dan dia je yang tau sebabnya kami clash"


Pada pendapat korang semua, hasil daripada perbualan dua orang sahabat di atas, apa yang korang dapat agak? adakah Lina itu seorang Alien, yang sangat misteri, misteri seperti dalam cerita Men In Black 3, yang tak mampu diceritakan oleh Razak kepada sahabatnya? atau pun Lina itu adalah dari keturunan puteri Bunian?

Bukan tu sebabnya, soalan retorik sangat, kalau dah taknak bukak aib, clash tiba-tiba tu apa lagi kalau bukan sebab Razak rasa tergugat lepas tahu yang makwe dia telah hilang dara kepada lelaki lain.

Macam mana Razak boleh tahu yang makwe dia bukan lagi anak dara? adakah Lina itu janda? atau Razak ada sesi 'test drive' sebelum kahwin, atau Razak kerja Doktor pakar sakit puan dan kebetulan Lina datang check pap smear kat Klinik dia?

Tidak para hadirin dan hadirat sekalian, majoriti sebab utama pakwe tau adalah kerana sikap rela hati makwe mengaku yang dia dah hilang dara.

Persoalanya, adakah perempuan wajib melakukan sesi pengakuan hilang dara sebelum berkahwin, especially 2, 3 minggu sebelum kenduri di jalankan?

Ataupun, pengakuan dosa ini dilakukan sebab rasa bersalah yang menyelubungi hidup si gadis?

Kebenaran pasal dara yang selama ini terlindung :


**********************

Khamis, 1 Disember 2011

Maksud Perempuan..


Ayat_Ayat Tersirat Perempuan..

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? 
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu? 

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Rabu, 30 November 2011

Lelaki vs Perempuan



(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

Isnin, 28 November 2011

Istikarah Cinta


Best lagu ni..terutama untuk orang bercinta..hehehe..



Sabtu, 26 November 2011

BUNGKUS dan TUTUP..??


Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Saya dah penat


-bismillahirrahmanirrahim-

assalamualaikum. moga jiwa masih utuh pada jalan-Nya.
moga Allah redhai, moga Allah berkati, moga dilindungi daripada penyakit hati, dalam hatiku dan juga hati-hati kamu. insyaAllah.


post ni untuk mereka (saya awak kita kami ?) yang tengah down tiba2 dalam perjalanan mencari redha Allah, yang hilang fokus dll. juga untuk rujukan saya bila saya pun jadi macam tu, insyaAllah. :)
dalam hidup saya baru2 ini, beberapa orang sahabat bertanya, dan beberapa orang sahabat menjawab:

"awak, saya dah penat. saya takut saya tak istiqamah."
"kenapa?"
"saya ada 3 tahun di sini (jurusan IT). mampukah? takkanlah 3 tahun tu nak mengadap buku je?"
"hurmp."
"dah tu, lepas 3 tahun, belum confirm hidup senang. jadi doktor dah la sibuk, macam2 kena buat."

Jumaat, 25 November 2011

...DiMaNaKaH AQaL???...

Dimanakah Aqal?? 
Dimanakah Hilangnya?? 
Kurniaan Allah buat HambaNya yg bernama Insan??


Tanpanya.. Hilanglah Pertimbangan..
Tanpanya.. Sesatlah Jalan..
Tanpanya.. Kalian Bagai Haiwan..
Malah Tanpanya.. Kalian Bisa Lebih Menyesatkan


Kembalilah kepada Fitrah Insan
Berlandaskan Ajaran Suci Islam
Moga Bisa Kita Melihat Wajah Tuhan
Di Hari Kemudian


*****


manusia tanpa aqal, durjanalah jiwa.. manusia tanpa aqal, binasalah segala.. nafsu amarah menguasai segala.. perlakuan yg bisa mendatangkan aib, bukan sahaja pada diri sendiri, malah kepada mereka yg disisi..

Khamis, 24 November 2011

Pahang State


Pahang ( ڨهڠ ) adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas, ia bersempadan dengan (lihat peta):
"Darul Makmur", nama gelaran bahasa Arabnya, bermaksud "tempat perlindungan yang tenang".

Ahad, 25 September 2011

Antara cinta dan nafsu


1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan
Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan.
Sebaliknya, orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa.
Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari kemaksiatan. Sebaliknya,  orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah seks. 

Khamis, 15 September 2011

In-Team & Mestica-Kerana Cinta



herm..best gak lagu ni terima kasih pada Cik Raihana..dia juga pensyarah sy di kolej teknologi bestari..




Isnin, 12 September 2011

Hentikan ganguan seksual terhadap lelaki




Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la.
Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.
Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.
Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. “Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?” Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.
Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

Sambungan



Ahad, 11 September 2011

PHP(fungsi $_post)


Fungsi $ _POST 

Terbina dalam $ fungsi _POST digunakan untuk mengumpul nilai-nilai dari bentuk yang dihantar dengan kaedah = "post".
Maklumat yang dihantar dari bentuk dengan kaedah POST tidak kelihatan kepada orang lain dan tidak mempunyai had ke atas jumlah maklumat untuk menghantar.

Nota: Walau bagaimanapun, terdapat 8 Mb saiz max untuk kaedah POST, secara lalai (boleh diubah dengan menetapkan post_max_size dalam fail php.ini).

Contoh

<form action="welcome.php" method="post">
Name: <input type="text" name="fname" />
Age: <input type="text" name="age" />
<input type="submit" />
</form>

Sabtu, 10 September 2011

KEMAHIRAN BELAJAR




A.  KEMAHIRAN MEMBACA



        Membaca ditakrifkan sebagai mentafsir dan memikir tentang sesuatu simbol atau tulisan. Ia meliputi aktiviti
memaham makna tulisan, penyerapan maklumat dan idea yang dihuraikan oleh seorang penulis. Dalam Islam membaca merupakan langkah utama dalam proses menuntut ilmu. Ini dibuktikan dalam wahyu yang diterima oleh Rasulullah S.A.w yang bermaksud;

 
"Bacalah dengan nama Tuhanmu ………..

(Al-Alaq: 1….)


Khamis, 8 September 2011

Datin Seri Rosmah Mansor Khatam Al-Quran Tanpa Menutup Aurat


Adakah mana-mana Ulama, khususnya 40 Ulama Muda UMNO yang berani tampil berdiri dihadapan Rosmah dan berkata’Hukum membaca Al-Quran adalah SUNAT manakala mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB. Maka berhentilah dahulu daripada membacanya dan sempurnakanlah dahulu menutup aurat rambutmu.

Ahad, 4 September 2011

.::kisah klasik untuk masa depan::.


Hidup ini ada kalanya sukar dan amat mengelirukan. Hanya orang yang benar-benar berpijak di bumi yang nyata sahaja yang bisa mengerti dan mampu menerima hakikat. Pelbagai cerita menghiasi pentas dunia, hanya percaya atau sebaliknya terpulang kepada kita untuk menilainya mungkin sebagai pengajaran dan mungkin juga sekadar bicara hati seorang insan....


Cuba kita berjalan di dalam taman dan sambil memandang bunga di depan kita, pilih mana bunga yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kita petiklah bunga yang PALING cantik yang berada di depan kita.

Bingkisan Sejarah Raub



Bilakah nama "RAUB" mula muncul ?


Kawasan yang bernama "Raub" di hulu pahang adalah salah satu daripada tempat di pahang yang kaya dengan bijih timah dan bijih emas sejak zaman dahulu lagi.Daerah Raub dahulunya tidak terdiri sendiri tetapi adalah sebahagian jajahan Lipis atau Hulu Pahang yang luas dan subur.Berdasarkan cerita orang tua-tua dahulu asal-usul nama daerah istimewa ini berpunca daripada perbuatan orang Melayu yang "meraub" atau mengaut emas dari tebing sungai dengan begitu mudah sekali dengan hanya menggunakan tangan kosong kerana banyaknya kandungan emas yang terbenam di bumi Raub.Ketika itu salah satu tapak yang mengandungi banyak sekali emas ialah di kawasan padang di kaki bukit Rumah Rehat Raub yang dahulunya kawasan berair dan menjadi laluan angkatan bergajah para peniaga dari Hulu Pahang menuju ke Kuala Kubu,Selangor.Namun tidak begitu jelas bilakah sebenarnya nama Raub itu wujud secara rasmi.

Sebilangan orang tua-tua menyebut bahawa nama raub mula dikenali setelah Raja Impeh bin Raja Abdullah dan abangnya Raja Ismail bin Raja Abdullah datang dari Selangor membuka lombong emas secara giat di sekitar kawasan bandar Raub dan Sempam seperti yang ada hari ini.


Wajah-wajah Manusia di Mahsyar

Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH… 

Renungan bersama untuk kita semua

SELEPAS manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, mereka akan menuju ke Padang Mahsyar.

Al-Quran menjelaskan bahawa keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga berjalan menggunakan muka. Nikmat dan seksaan yang dihadapi adalah mengikut amal perbuatan ketika hidup di dunia.

Dara – Bukan Ukuran Kesucian Gadis



Bagi lelaki yang bujang di luar sana, pasti mereka inginkan gadis yang masih darah untuk 
menjadi teman hidup mereka. Walaupun mereka bukanlah sebaik mana tetapi sentiasa 
mengharapkan pasangan mereka yang terbaik dalam dunia ini. Tidak salah jika memilih 
begini namun dara sebenarnya bukan ukuran sebenar kesucian seorang gadis.

Banyak lagi yang perlu di nilai dalam diri seorang gadis itu sebelum daranya seperti 

perangainya, pergaulannya, dan ciri-ciri lain untuk di jadikan calon menantu. Kadangkala, 
janda itu lebih baik servisnya dari dara yang masih mentah dan banyak lagi perlu belajar. 
Menyebut mengenai dara ini, banyak yang perlu di olah. Berikut adalah pertikan mengenai 
dara dan ukuran kesucian seorang gadis.

APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM.??


APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM.' - TOLONG BACA !!!
oleh Syed Sulaiman pada pada 12hb Disember 2010 pukul 10.22 ptg

'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? 
Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, 
tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad 
lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu 
seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah 
sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang 
tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua 
serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang 
paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang 
saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. 
Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. 
Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan 
Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu 
kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

ShareThis