Jumaat, 25 November 2011

...DiMaNaKaH AQaL???...

Dimanakah Aqal?? 
Dimanakah Hilangnya?? 
Kurniaan Allah buat HambaNya yg bernama Insan??


Tanpanya.. Hilanglah Pertimbangan..
Tanpanya.. Sesatlah Jalan..
Tanpanya.. Kalian Bagai Haiwan..
Malah Tanpanya.. Kalian Bisa Lebih Menyesatkan


Kembalilah kepada Fitrah Insan
Berlandaskan Ajaran Suci Islam
Moga Bisa Kita Melihat Wajah Tuhan
Di Hari Kemudian


*****


manusia tanpa aqal, durjanalah jiwa.. manusia tanpa aqal, binasalah segala.. nafsu amarah menguasai segala.. perlakuan yg bisa mendatangkan aib, bukan sahaja pada diri sendiri, malah kepada mereka yg disisi..




lihat sahaja gejala2 sosial yang makin menular di zaman sekarang.. kes2 yang bukan sahaja melibatkan orang dewasa, malah adik2 yang masih dibangku sekolah bisa melakukan sesuatu yang tidak dijangka aqal suatu ketika dahulu.. tetapi, kini semuanya boleh dikatakan telah menjadi perkara biasa buat mereka..


"alah kak ida, 'benda2 camni' dah biasa dah.. selalu je dengar.. akak tak tahu.. time sy sekolah menengah dulu, blh dikatakan semua kawan2 sy dah pernah buat 'benda' ni.. bukan sekali dua.. banyak kali.. pastu, siap cerita lg kat kawan2"


teringat lagi pernyataan adik dormku ketika masih di Matrik UIA.. 'zina' bg mereka adalah suatu perkara biasa.. terkejut pada mulanya aku mendengar kata2 adik tu.. tetapi, begitula jadinya bilamana "aqal dikunci tidak memberi, nafsu beraja hilang segala"..


*****




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ShareThis