Isnin, 14 Januari 2013

Kesalan seorang anak

Assalamualaikum

Segar lagi ingatan itu,
di mana aku menangis,
lalu di pujuk Emak,
di usap tangisku,
di kucup mesra pipi ku,
di bujuk agar aku
berhenti merengek,
di kendong agar lahir semula
senyuman di bibir mungilku.

Masa semakin berlalu,
aku semakin dewasa,
kini andai aku terluka,
tiada lagi gendongan manja Emak,
cuma nasihat mengalir bagaikan
air sungai dari mulut Emak,
mengajar agar aku menjadi
lebih dewasa,
matang dalam menangani masalah,
yang menderu bagai angin
yang tiada sempadannya.

Waktu semakin menganjak,
aku sudah pandai berbicara,
sudah pandai membetah,
sudah pandai mengarah,
aku bagai tidak perlu lagi kucupan
mesra Emak,
pelukan kasih Emak,
tidak perlu lagi gendongan
manja Emak,
kerana aku sudah mampu
berdiri setegaknya,
sudah mampu berlari segagahnya.

Emak tetap tersenyum
melihat keletah anak-anaknya,
sungguhpun di bibir Emak
menyatakan yang dia baik-baik sahaja,
hakikatnya,
Emak inginkan belaian anak-anaknya,
Emak teringin merasa kucupan mesra
si anak singgah di pipi,
Emak ingin dirangkul anak-anak
ketika Emak keseorangan,
tetapi tidak pernah Emak
luahkannya,
cuma dengan permainan mata,
Emak menghantar tanda.

Aku tidak pernah mengucup
pipi tua Emak,
aku tidak pernah memujuk di waktu
emak menangis,
aku tidak pernah merangkul
tubuh tua Emak,
aku tidak pernah cuba memahami
masalah Emak,
tetapi Emak masih terus
tersenyum padaku,
acap kali aku pulang bercuti.

Betapa kejamnya aku
menjadi seorang anak,
sewaktu kecilku di tatang,
sewaktu dewasa ku di sayang,
tetapi mengapa tidak
hanya di 'hari tua' Emak
aku mengasihi nya??
aku merangkul tubuhnya,
aku mengucup nya??

Emak,
anakmu menyesal dengan sikap 
angkuhnya selama ini,
maafkan aku Emak,
andai ada ruang buatku lagi,
akan ku kucup pipi mu,
ku rangkul tubuh mu,
ku selami hatimu,
ku penuhi permintaan mu,
bila aku pulang 
bercuti lagi nanti..



1 ulasan:

ShareThis