Sabtu, 26 November 2011

Saya dah penat


-bismillahirrahmanirrahim-

assalamualaikum. moga jiwa masih utuh pada jalan-Nya.
moga Allah redhai, moga Allah berkati, moga dilindungi daripada penyakit hati, dalam hatiku dan juga hati-hati kamu. insyaAllah.


post ni untuk mereka (saya awak kita kami ?) yang tengah down tiba2 dalam perjalanan mencari redha Allah, yang hilang fokus dll. juga untuk rujukan saya bila saya pun jadi macam tu, insyaAllah. :)
dalam hidup saya baru2 ini, beberapa orang sahabat bertanya, dan beberapa orang sahabat menjawab:

"awak, saya dah penat. saya takut saya tak istiqamah."
"kenapa?"
"saya ada 3 tahun di sini (jurusan IT). mampukah? takkanlah 3 tahun tu nak mengadap buku je?"
"hurmp."
"dah tu, lepas 3 tahun, belum confirm hidup senang. jadi doktor dah la sibuk, macam2 kena buat."



"awak, saya dah penat. dah banyak sangat saya terima."
"apa yang awak terima ?"
"ujian lah. lepas satu-satu datang. memanglah sebelum ni saya tak pernah mengeluh, tapi, dah banyak sangat dah nih..."
"hurmp."
"saya takut saya dah tak mampu nak jadi kuat macam sebelum ini."

"awak, saya dah penat. saya tak tahu apa yang saya buat nih betul ke tak."
"maksud awak ?"
"saya selalu cakapkan pada diri, duit yang saya pegang nih duit pinjaman. saya tak boleh belanja sesuka hati."
"betul."
"tapi, dalam masa yang sama diri saya berperang. ni duit aku, aku ada hak. aku tak akan membazir, cuma aku nak beli barang yang aku nak, walaupun aku tahu, tanpa duit nih aku tak akan pernah terfikir pun nak beli barang mahal macam ni "

"awak, saya dah penat. dah macam-macam cara saya buat."
"buat apa?"
"saya dah cuba kawal duit keluar. tapi duit tetap keluar macam air mengalir."
"hurmp."

"awak, saya dah penat. sampai bila saya kena hidup macam nih? bila saya nak hidup senang?"
"hurmp."
"saya tak boleh nampak bila saya akan hidup senang lenang."

"awak, saya dah penat. saya dah tak tahan dengan seorang makhluk ini"
"siapa?"
"kawan sayalah. saya dah banyak kali bertolak ansur dengannya. apa yang dia buat saya setuju. saya akur. tapi pada masa yang sama hati saya memberontak. saya tak suka dengan caranya."
"hurmp."

"awak, saya dah penat. hati saya sesak. susah saya nak jaga hati saya."
"maksud awak, jaga yang bagaimana?"
"saya tak nak jatuh suka pada orang yang tak halal bagi saya. kadang, hati saya kuat, kadang hati saya mudah juga jatuh suka. saya dah penat lawan."
"hurmp."
"saya nak hafal ayat Allah pun rasa berat. hati saya sesak."

"awak, saya dah penat. saya dah banyak kali pujuk hati ni."
"kenapa dengan hati sampai kena pujuk?"
"saya tak tahan tengok dia lebih di sini, hebat di situ, cantik di sana, pandai di sini, bla bla bla..."
"hurmp."
"saya tahu nih perasaan tak baik dengki2 jeles2 tapi saya cuba lawan, tapi saya dah penat..."

==============================================

semua ni antara situasi yang terjadi disekeliling saya, baik kena pada saya mahupun kawan2 saya mahupun anda sendiri. contoh situasi (konflik) ini sangat kecil. sangat kecil jika dibandingkan dengan masalah negara  dan juga masalah2 lain. apatah lagi masalah umat.

biasalah, 2 bulan di alam baru, muncullah konflik kecil, yang boleh saja menggugat harapan jiwa yang besar andai dibiarkan tidak berjawab.

jawapan yang saya terfikir untuk situasi2 di atas ringkas saja,,,

ingatkan diri tentang destinasi terakhir hidup ini.
ingatkan diri tentang adanya garisan penamat.
ingatkan diri bahawa kita akan kembali pada Pencipta kita, Allah.

ingat Allah. ingat syurga-Nya yang seluas langit dan bumi. ingat neraka-Nya. setiap penglihatan, pendengaran dan hati nurani itu akan diminta dipertanggungjawabkan.

jika dahulu kita ditanya tentang cita-cita dan impian hidup,
dengan izin Allah, banyak impian dimakbulkan.

sekarang, dengan perubahan zaman dan peredaran waktu,
dengan pertambahan detik masa dan umur,
dengan pengurangan usia dan harta,
cuba gantikan perkataan HIDUP dalam impian kita dengan MATI.

janggal?

ya, aku mahu MATI sebagai seorang jurutera yang kaya pada masa hadapan, contohnya bila kita memasang cita-cita dan impian hidup (mati?) sebagai engineer.


"aku mahu HIDUP sebagai orang yang beriman pada Allah.
aku mahu  HIDUP  sebagai seorang anak yang taat berbakti pada ibu & ayah.
aku mahu  HIDUP sebagai pelajar paling cemerlang.
aku mahu  HIDUP  sebagai seorang doktor yang penyayang.
aku mahu  HIDUP  sebagai guru yang terbaik.
aku mahu  HIDUP  sebagai orang yang banyak pengaruh dan karisma.
aku mahu  HIDUP sebagai orang paling bahagia"

KEPADA


"aku mahu MATI sebagai orang yang beriman pada Allah.
aku mahu MATI sebagai seorang anak yang taat berbakti pada ibu & ayah.
aku mahu MATI sebagai pelajar paling cemerlang.
aku mahu MATI sebagai seorang doktor yang penyayang.
aku mahu MATI sebagai guru yang terbaik.
aku mahu MATI sebagai orang yang banyak pengaruh dan karisma.
aku mahu MATI sebagai orang paling bahagia"

Allahu akbar. mampukah sekarang kita mengeluh keletihan sedangkan impian itu besar nilainya?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ShareThis