Khamis, 24 November 2011

Pahang State


Pahang ( ڨهڠ ) adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas, ia bersempadan dengan (lihat peta):
"Darul Makmur", nama gelaran bahasa Arabnya, bermaksud "tempat perlindungan yang tenang".


Geografi
Pahang terdiri daripada 11 daerah:
Ibu negeri Pahang ialah Kuantan manakala Pekan ialah bandar diraja. Bandar utama yang lain termasuk Kuala LipisTanah RataKuala Rompin dan TemerlohGenting HighlandsCameron Highlands dan Bukit Fraser merupakan tempat peranginan bukitnya.
Pembahagian etnik berdasarkan kepada bancian tahun 2000 adalah seperti berikut:
  • Melayu: 989,473 (76.82%}
  • Cina: 228,043 (17.7%)
  • India: 64,419 (4.98%)
  • Lain-lain: 6,442 (0.5%).
Geografi fizikalnya dibahagikan kepada tiga bahagian:
  • tanah tinggi
  • hutan hujan
  • kawasan pinggir laut.
Air terjun
Antara air terjun yang termasyhur di Malaysia terletak di Negeri Pahang, iaitu:

Kawasan pinggir laut
Negeri yang bergunung-ganang ini mendatar ke arah pinggir laut, dan di sini terletaknya Kuantan, ibu negeri Pahang. Terdapatnya banyak pulau di luar pesisir, termasuknya Pulau Tioman dengan terumbu karangnya. Terdapatnya juga pantai indah yang terbentang dari Kuantan ke arah Terengganu dan juga dari Kuantan sampai ke arah MersingJohor. Diantara pantai peranginan yang terkenal di Negeri Pahang ialah:-
Daerah Kuantan:-
Daerah Pekan:-
  • Pantai Cheruk Paloh
  • Pantai Kuala Pahang
  • Pantai Batu 16
  • Pantai Nenasi
Daerah Rompin:-
  • Pantai Rantau Panjang
  • Pantai Pulau Lang
  • Pantai Kuala Pontian
  • Pantai Janglau Pantai
  • Pantai Kuala Tanjung Gemuk
  • Pantai Kuala Rompin
Daerah Temerloh:- Tiada Pantai Peranginan sebab daerah ini tidak bersempadan dengan laut.
Industri perikanan tradisional masih terdapat di pantai. Keropok ikan digemari orang tempatan dan industri tradisional merangkumi pemprosesan ikan kering dan makanan laut serta keropok lekor yang termashyur.

Ekonomi
Industri dan eksport utama Pahang tertumpu kepada pengeluaran kayu-kayan tropika disebabkan adanya hutan yang luas. Walaubagaimanapun, kemerosotan pokok-pokok matang yang diakibatkan oleh penebangan intensif telah menyebabkan keperlahanan dan pengamalan perhutanan boleh kekal.
Produk perikanan juga merupakan sumber pendapatan yang utama, khususnya bagi komuniti-komuniti di garis pinggir laut negeri yang panjang. Ikan kering dan ikan masin merupakan keistimewaan di sini.
Raub di bahagian tengah Pahang adalah operasi perlombongan emas tunggal yang menguntungkan tetapi rizabnya telah habis dan lombong-lombongnya telah ditutup. Baru-baru ini,teknologi baru telah menyebabkan pengekstrakan menguntungkan semula dan operasi telah bermula semula.
Sungai Lembing pada zaman kegemilangan merupakan sebuah pusat besar bagi perlombongan syaf timah.
Pelombong menggali terowong bawah tanah untuk mendapat bijih timah dan meleburkannya menjadi jongkong. Sekarang, timah tidak lagi dilombong, dan kebanyakan lombong terbanjir. Sungai Lembing merupakan sebuah bandar yang hampir luput dengan prospek yang agak sedikit kecuali pelancongan berdasarkan sejarah perlombongannya.
Kebanyakan industrinya tertumpu kepada produk berasaskan kayu serta pemprosesan petrokimiaPelabuhan Kuantan adalah salah satu daripada pelabuhan di pantai timur yang paling sibuk dan jaringan pengangkutannya memudahkan penghantaran barangan yang pantas.
Pelancongan masih merupakan sumber pendapatannya yang terbesar dengan sumber semula jadinya yang besar untuk menarik pelawat ke hutan Taman Negara, Pulau Tioman dan Genting Highlands.

Sejarah
Terdapat buktinya bahawa puak-puak nomad tinggal di Pahang pada Zaman Mesolitik. Pada zaman yang lebih moden, lapisan timah dan mas di Sungai Tembeling menarik pedagang laut dari Empayar Srivijaya. Pahang merangkumi kebanyakan daripada bahagian selatan Semenanjung Melayu pada abad ke-8 dan ke-9.
Selepas kejatuhan Empayar Srivijaya pada kira-kira 1000, Pahang dituntut mula-mulanya oleh Thailand, dan kemudiannya oleh Kesultanan Melaka. Pahang diserang oleh pihak Portugis,Belanda, Johor dan Aceh pada sebahagian besar abad ke-16. Pada masa itu, raja-rajanya sering terbunuh, kebanyakan daripada penduduknya dibunuh ataupun diperhambakan, dan ekonominya hancur. Selepas kejatuhan Aceh pada pertengahan abad ke-17, Pahang dikuasai oleh Johor. Walaubagaimanapun, sultan-sultan Pahang yang berketurunan daripada wangsa Melaka dan Wangsa Bendahara Johor memerintahkan negeri itu lebih kurang secara berterusan sejak 1470, dan sebahagian besar autonominya beransur-ansur memulih.
Dari 1858 hingga 1863, Pahang mengalami perang saudara di antara kedua-dua anakanda Sultan. Perang itu tamat sewaktu Wan Ahmad dimahkotakan pada 1887, tetapi peranannya cuma secara istiadat kerana British telah memaksanya menandatangani sebuah perjanjian yang membawa kawalan negeri itu di bawah Residen British.
Pada 1896, Pahang bersama-sama dengan Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan memasuki Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan kemudiannya menjadi Malaysia pada 1963.

Kebudayaan
Kebudayaan masyarakat Pahang amat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat melayu. Pada zaman sebelum kemerdekaan, seni silat merupakan antara aktiviti seni yang menarik minat anak-anak muda. Hinggalah negeri Pahang terkenal kerana memiliki ramai pendekar dan pahlawan hebat seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Mat Lela, Datuk Bahaman, Panglima Muda Jempul,Pendekar Mat Arif dan ramai lagi yang nama mereka telah dipadam oleh British dalam sejarah. Selain itu, dalam aktiviti kesenian juga orang-orang Pahang telah lama pandai bermain Dikir Pahang.
Suatu ketika dahulu, persembahan wayang kulit pernah bertapak di negeri Pahang dimana ianya dikenali sebagai Wayang Pahang. Walau bagaimanapun, teater tradisional ini telah lama lenyap dari bumi Pahang.

Kerajaan
Sultan Pahang merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Di bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri Pahang. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).
EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.
Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu sistem kerajaan di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti cukai pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh menguatkuasakan undang-undang kecil (atau by-laws) kepada penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka. Di antara Kerajaan Tempatan yang terdapat dalam Negeri Pahang ini ialah :


Pemerintah Pahang
Gelaran
Tempoh
Nama Sultan
1777–1802
Tun Abdul Majid
Raja Bendahara II
1802-1803
Tun Muhammad
Bendahara Paduka Raja
1803–1806
Tun Korish
Bendahara Siwa Raja
1806–1847
Tun Ali
Bendahara Seri Maharaja
1847–1863
Tun Mutakhir
Bendahara
1863-1882
Tun Ahmad
6 Ogos 1882 - 9 Mei 1914
Sultan Ahmad Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Bendahara Ali
Sultan
9 Mei Jun 1914 - 19 Jun 1917
Sultan Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Al Muadzam Shah
Sultan
19 Jun Jun 1932 - 22 Jun 1932
Sultan Abdullah Al Mu'tassim Billah Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Al Muadzam Shah
Sultan
22 Jun 1932 - 7 Mei 1974
Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Abdullah Al Mu'tassim Billah
Sultan
7 Mei 1974-Sekarang
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam Shah






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ShareThis