Ahad, 13 Januari 2013

Tips elakkan spam di facebook


SPAM !!!
Mungkin ini sudah kebiasaan kita dengar di dunia serba global ini. Jika anda membuat spam tersebut mungkin anda menyukainya kerana apa yang anda buat tersebar luas. Tetapi tidak kepada orang lain. Ianya menyusahkan.

Di facebook kebiasaannya pengguna menggunakan aplikasi untuk menyebarkan spam kepada umum. Untuk mengawal aplikasi tersebut dari menyebarkan spam anda perlu pergi ke tetapan aplikasi.
Seperti gambar dibawah.


Seperti gambar diatas anda boleh mengubah tetapan ataupun memadam aplikasi yang anda tidak guna dalam tempoh yang lama ataupun anda tidak yakin kesahihannya. Setiap aplikasi akan menyimpan kuki pengguna yang menggunakan aplikasi tersebut dalam masa 90 hari. Gambar  di bawah adalah tetapan untuk setiap aplikasi jika anda tidak mahu memadamnya.






  1. Ini untuk menetapkan tahap privasi aplikasi tersebut jika ingin menyiarkan sesuatu di profil facebook anda. Anda boleh memilih only me atau saya sahaja supaya rakan anda tidak dapat melihat anda menggunakan aplikasi ini.  Ianya boleh juga digunakan untuk menetapkan aplikasi jika anda menggunakannya untuk pertama kali.

  2. Jika anda tidak mahu aplikasi tersebut menyiarkan sesuatu di profil anda, anda boleh memangkah ini (termasuk juga jika aplikasi itu ingin melihat senarai rakan anda, menghantar mesej umum dan lain-lain)


  3. Ini adalah jalan terakhir jika aplikasi ini masih menggangu anda iaitu memadamnya. Ataupun anda tidak memerlukannya lagi.

Sekian saja artikel saya untuk kali ini. Harap ianya membantu anda.



2 ulasan:

  1. done follow..
    http://amgyver.blogspot.com/2012/11/tutorial-jadikan-pendrive-sebagai.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok..sy dah follow jgk..blog ni ade beberapa penulis..utk dpt source code bleh pegi cni..bru lg buat.
      http://ezadblog.blogspot.com/

      Padam

ShareThis