Pembangunan web, pengaturcaraan web ?

Perlukan website, blog untuk anda atau syarikat anda.Hubungi saya dengan klik pada gambar

Intan Zalina

Add / subscribe me on facebook.

Shofa Reamyz

--------------------------------------


Ahad, 20 Januari 2013

KEHIDUPAN | Permandangan di Waktu Pagi di Gunung Tebu


Hidup ini ibarat RODA..tak semua yang kita inginkan akan kita miliki..kalau ianya bukan rezeki kita..memang ia tidak akan jadi milik kita..Semuanya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T..
Sebagai manusia biasa sememangnya kita harus menempuhi segala liku-liku kehidupan yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T..Hidup ibaratkan satu teater.Dimana Allah telah menyediakan pentas dan kita sebagai pelakonnya,samada ingin melakonkan watak baik atau pun buruk.Allah telah memberikan kita kehidupan yang seharusnya kita nikmati.

Jumaat, 18 Januari 2013

Jangan Bersedih Wahai Hati



Janganlah bersedih wahai hati.
 
Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…

Isnin, 14 Januari 2013

Kesalan seorang anak

Assalamualaikum

Segar lagi ingatan itu,
di mana aku menangis,
lalu di pujuk Emak,
di usap tangisku,
di kucup mesra pipi ku,
di bujuk agar aku
berhenti merengek,
di kendong agar lahir semula
senyuman di bibir mungilku.

Masa semakin berlalu,
aku semakin dewasa,
kini andai aku terluka,
tiada lagi gendongan manja Emak,
cuma nasihat mengalir bagaikan
air sungai dari mulut Emak,
mengajar agar aku menjadi
lebih dewasa,
matang dalam menangani masalah,
yang menderu bagai angin
yang tiada sempadannya.

Ahad, 13 Januari 2013

Tips elakkan spam di facebook


SPAM !!!
Mungkin ini sudah kebiasaan kita dengar di dunia serba global ini. Jika anda membuat spam tersebut mungkin anda menyukainya kerana apa yang anda buat tersebar luas. Tetapi tidak kepada orang lain. Ianya menyusahkan.

Di facebook kebiasaannya pengguna menggunakan aplikasi untuk menyebarkan spam kepada umum. Untuk mengawal aplikasi tersebut dari menyebarkan spam anda perlu pergi ke tetapan aplikasi.
Seperti gambar dibawah.

Nyahaktifkan klik kanan di pelayar


Anda mungkin tidak mahu artikel anda disalin sewenang-wenangnya tanpa keizinan anda bukan ? Anda boleh menggunakan aturcara javaskript untuk menyahaktifkan klik kanan pada semua pelayar web anda. Aturcaranya tidak lah terlalu rumit dan anda boleh meletakkan di dalam gadget anda ataupun di dalam fail PHP dan HTML anda.

Tetapi ini tidaklah terlalu selamat daripada pengguna lain untuk menyalin artikel anda jika pengguna tersebut menyaktifkan javaskript pada pelayarnya. dan harus diingatkan bahawa jika blog anda menggunakan terlalu banyak javaskript masa untuk loading  satu halaman mungkin mengambil masa yang lebih lama.

Ini adalah contoh atucaranya:

ShareThis